Sunday, 10 July 2011

.weekend.

 salam ollss... : )
sepanjang hari ni,aku marathon movie je,ye la..assignment da siap weh..so,weekend ni kene la me-release kan tension kan,so..salah satu nye KL Gangster..aku taw,korang mesti da tengok kan..tapi aku lagi untung taw,sebab aku tengok for free jeh..x macam korang...harga tiket da berape kan,makan ag..haishh..!banyak belanje tu..nak nak aku yg dok kat Jengka ni..law nak tengok wayang kene turun KL or Kuantan..da berapa pulak tambang tu..haa..satu keuntungan nye  dok kat U..even terperok je dalam bilik,tapi x payah susah susah kuar duet semata2 nak tengok wayang,haha !member2 akan cari movie ni..just sediakan pendrive je untuk kite copy and paste..and then boley la korang dok atas katil sambil melayan movie..rugi la korang..hekhek..*eh eh..xjugak...law x disebabkan korang,x kaye plak si Syamsul Yusof tu kan..die patot berterime kasih bebanyak sgt kat korang taw..heee : D...

 oke ! some review about dis film..*rajin terlebih pulak aku ni kan nak wat review bagai,hee*

Filem ni mengisahkan Malek (Aaron Aziz) yang baru tamat menjalani hukuman pejara selama 5 tahun d sebabkan oleh  pengkhianatan Shark (Syamsul Yusof), hendak menjalani kehidupan bersih atau cuci tangan dari dunia gangster. Fadil (Zizan) selaku sahabat karib Malek banyak membantu Malek menjalani kehidupan barunya. Dalam masa yang sama Shark membuat onar apabila mencetuskan pertelingkahan antara dua kumpulan gangster iaitu kumpulan ayah tirinya, King (Redzuan Hasyim) dan Dragon (Adam Corrie). Semasa Malek xde, keluarganya menjadi kucar-kacir. ibunya terpaksa menjual kerepek, adik lelakinya Jai (Ady Putra) terjebak dalam dunia gangsterisme jugak dan bekerja dengan Dragon, adik perempuannya Zetty (Shera Iskandar) menjadi bohsia. Fadil lah yang memantau keluarga Malek semase Malek kat dalam penjare. Jai menjadi gangster yang tamakkan wang dan sanggup melakukan apa saja demi wang. Ajib (Sofi Jikan) pulak berusaha memujuk Malek menyertai Dragon.Apabila Shark mengetahui Malek sudah keluar dari penjara dia tidak duduk diam dan sentiasa berusaha nak hancurkan Malek. Usahanya mendapat halangan dari King yang sangat rapat dengan Malek suatu ketika dahulu. Demi mencapai hasratnya, Shark telah membeli Jai untuk menghancurkan abangnya sendiri. Perbuatan ini diketahui King lantas King mengusir Shark. Akibat dendam yang keterlaluan Shark telah menyerang ibu Malek namun dihalang oleh Fadil lantas Shark membunuh Fadil  dan seterusnya membunuh King. Malek tak mampu menahan amarahnya melihat sabahat baiknya dibunuh lantas meminta bantuan Dragon. Dragon enggan menolong namun dipujuk oleh Ajib. Malek cuba menyerang Shark seorang diri namun dihalang Jai. Ajib membantu Malek mengalihkan perhatian Jai dan Malek telah membelasah Shark sepenuh hati. Setelah Shark tewas Malek menumpukan perhatian terhadap serangan adiknya Jai. Dragon telah membantu Malek membunuh Shark. Akhirnya Malek ditangkap kembali dan Jai menghilangkan diri. Dragon juga turut ditangkap.

lebih kurang begitu lah ceritenye..ade selit2 kan babak2 sedih jugak dalam citer ni... membuatkan aku touching plak..huuu : (..sebak hati woo...pape pon citer nye sangat menarik lah..patot di beri pujian kepada pengarah muda ini..sampai RM12 juta kan..??gile hebat wokk..

ok..bai (^_____^)..

No comments:

Post a Comment